Uglygurl’s Weblog

August 12, 2008

Rahsia melalui haribulan dilahirkan.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , , — uglygurl @ 11:47 pm

Contoh: Kamu dilahirkan pada 24 haribulan. Tengok no. 24

1. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam  soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang  terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang  dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu  sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

3. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani  kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.

4. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut  perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu  sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri  kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh  memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati.Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7. Kamu seorang yang ‘happy go lucky’ dan gemar berseronok. Namun sikap  kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan  kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8. Kamu seorang yang romantis. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata.

9. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. Dalam  soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang ’setaraf’ juga.

10. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan  keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam  keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan  buah hati terasa diri terpinggir!

11. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga  bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini  terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?

12. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan  komitmen, selamanya kamu akan setia.  Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!

13. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan. Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14. Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab  itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa.  Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu.

15. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu  ini yang suka membuat tindakan ‘last minutes’.

16. Kamu ini seorang yang moody rupanya. Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikat penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu  perasaan sebenar kamu.

18. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi  soal perasaan dan cinta.  Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan  termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.

20. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!

21. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain ‘ambil mudah’ terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa’ selamat’ bila berada di  sampingnya.

23. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi  kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping  teman-teman dan si dia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat  menggongkong si dia.

25. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan  yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum  sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?

26. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius  dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan  keseronokan saja!

27. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun  kekasih kamu sendiri.

28. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu  meminggirkan si dia tanpa disedari.

29. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

30. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan  si dia kerana kamu sukar untuk beralah.

31. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai  apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia.

Rahsia melalui bulan kelahiran.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , , — uglygurl @ 11:45 pm

BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH

JANUARI

- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
- Suka mendidik dan dididik
- Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
- Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
- Suka smart, kemas dan teratur
- Bersifat sensitif , berfikiran mendalam
- Pandai mengambil hati org lain
- Pendiam kecuali telah dirangsang
- Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
- Mudah mendisiplinkan diri sendiri
- Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
- Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
- Cukup sayang pd kanak-kanak
- Suka duduk rumah
- Setia pada segala-galanya
- Perlu belajar kemahiran sosial
- Cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI

- Berfikiran abstrak
- Sukakan benda yang reality dan abstrak
- Inteligent, bijak dan genius
- Berpesonality yg mudah berubah
- Mudah menawan org lain
- Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
- Jujur dan setia pd segalanya
- Keras hati untuk mencapai matlamat
- Tidak suka dikongkong
- Mudah memberontak apabila dikongkong
- Suka kegiatan yg lasak
- Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
- Mudah mempamirkan marahnya
- Tidak suka benda yg remeh-temeh
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- Sangat berani dan suka memberontak
- Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
- Pemerhatian yg tajam
- Suka hiburan dan sukan
- Suka benda yg bersifat seni
- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
- Berkecenderungan pd benda yg tahyul
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- Belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

- Berpesonaliti yg menarik dan menawan
- Mudah didampingi
- Sgt pemalu dan pemendam rasa
- Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
- Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
- Suka pada kedamaian
- Sgt peka kepada orang lain
- Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
- Tidak cepat marah dan sangat amanah
- Tahu balas budi dan tahu kenang budi
- Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
- Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
- Suka berangan-angan
- Suka melancong
- Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
- Kelam kabut dalam memilih pasangan
- Suka dgn hiasan rumahtangga
- Punya bakat seni dalam bidang muzik
- kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
- jgn terlalu moody

APRIL

- Sgt aktif dan dinamik
- Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
- Sgt menarik dan pandai manjakan diri
- Punya daya mental yg sangat kuat
- Suka diberi perhatian
- Sgt diplomatik (pandai memujuk ) berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
- Sgt berani dan tiada perasaan takut
- Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
- Emosi cepat terusik
- Try control the emotion
- Kecenderungan bersifat dendam
- Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
- Kuat daya ingatan
- Gerak hati yg sangat kuat
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
- Berpenyakit disekitar kepala dan dada
- Sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI

- Kekerasan hati & degil
- Kuat semangat & bermotivasi tinggi
- Pemikiran yg tajam
- Mudah marah apabila tidak dikawal
- Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
- Perasaan yg amat mendalam
- Cantik dr segi mental & fizikal
- Tidak perlu dimotivasikan
- Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
- Mudah dipujuk
- Bersikap sistematik (otak kiri)
- Suka berangan
- Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
- Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
- Daya khayalan yg tinggi
- Permikiran yg tajam
- Pandai berdebat
- Fizikal yg baik
- Kelemahan sistem pernafasan
- Suka sastera, seni & muzik serta melancong
- Tidak berapa suka duduk dirumah
- Tidak boleh duduk diam
- Tidak punya ramai anak
- Rajin dan bersemangat tinggi
- Agak boros

JUN

- Berfikiran jauh & berwawasan
- Mudah ditawan krn sikap baik
- Berperangai yg lemah lembut
- Mudah berubah sikap,perangai
- Idea yg terlalu banyak dikepala
- Bersikap sensitif
- Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
- Sukar melakukan sesuatu dgn segera
- Bersikap suka menangguh-nangguh
- Bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
- Cepat marah & cepat sejuk
- Suka bercakap & berdebat
- Suka buat lawak & bergurau
- Otaknya cerdas berangan-angan
- Mudah berkawan & pandai berkawan
- Org yg sangat tertib
- Pandai mempamerkan sikap
- Mudah kecil hati
- Mudah kena selsema
- Suka berkemas
- Cepat rasa bosan
- Sikap terlalu memilih & cerewet
- Kurang mempamerkan perasaan
- Lambat nak sembuh apabila terluka hati
- Suka kepada barang yang berjenama
- Mudah menjadi eksekutif
- Kedegilan yg tidak terkawal
- Sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI

- Sangat seronok didamping
- Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
- Agak pendiam kecuali diransang
- Ada harga dan maruah diri
- Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
- Mudah dipujuk dan bercakap lurus
- Sangat menjaga hati orang lain
- Sangat peramah
- Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
- Berjiwa sentimental
- Jarang berdendam
- Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
- Tidak suka benda remeh-temeh
- Membimbing cara fizikal dan mental
- Sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
- Layanan yg serupa dgn semua orang
- Tinggi daya simpati
- Pemerhatian yg tajam
- Suka menilai org lain dgn pemerhatian
- Mudah dan rajin belajar
- Suka muhasabah diri
- Suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
- Suka mendiamkan diri
- Suka duduk dirumah
- Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
- Tak agresif kecuali terpaksa
- Lemah dari segi kesihatan perut
- Mudah gemuk jika tak kawal diet
- Minta disayangi
- Mudah terluka hati dan lambat pulih
- Terlalu mengambil berat
- Rajin dalam membuat kerja

OGOS

- Suka berlawak
- Mudah tertawan kepadanya
- Sopan santun dan caring terhadap org lain
- Berani dan tidak tahu takut
- Orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
- Pandai pujuk org lain
- Terlalu pemurah & bersikap ego
- Nilai harga diri yg sangat tinggi
- Dahagakan pujian
- Semangat juang yg luar biasa
- Cepat marah & mudah mengamuk
- Mudah marah apabila cakapnya dilawan
- Sangat cemburu
- Daya pemerhatian yg tajam & teliti
- Cepat berfikir
- Fikiran yg berdikari
- Suka memimpin & dipimpin
- Sifat suka berangan
- Berbakat dlm seni lukis, hiburan & silat
- Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
- Cepat apabila ditimpa penyakit
- Belajar utk relax
- Sikap kelam kabut
- Romantik, pengasih, penyayang
- Suka mencari kawan

SEPTEMBER

- Sangat bersopan santun & bertolak ansur
- Sangat cermat, teliti & teratur
- Suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
- Pendiam tapi pandai bercakap
- Sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
- Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
- Kerja yg dilakukan sangat sempurna
- Sangat sensitif yg tidak diketahui
- Org yg banyak berfikir
- Daya pentaakulan yg baik
- Otak bijak & mudah belajar
- Suka mencari maklumat
- Kawal diri dari terlalu mengkritik
- Pandai mendorong diri sendiri
- Mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
- Suka sukan, hiburan & melancong
- Kurang menunjukan perasaannya
- Terluka hatinya sangat lama disimpan
- Terlalu memilih pasangan
- Sukakan benda yg luas
- Bersistematik

OKTOBER

- Suka sembang
- Suka org yg sayang padanya
- Suka ambil jln tengah
- Sangat menawan & sopan santun
- Kecantikan luar & dalam
- Tidak pandai berbohong & berpura-pura
- Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
- Sentiasa berkawan
- Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
- Cepat marah
- Macam pentingkan diri sendiri
- Tidak menolong org kecuali diminta
- Suka melihat dari perspektifnya sendiri
- Tidak suka terima pandangan org lain
- Emosi yg mudah terusik
- Suka berangan & pandai bercakap
- Emosi yg kelam kabut
- Daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
- Suka melancong, bidang sastera & seni
- Pengasih, penyayang & lemah lembut
- Romantik dlm percintaan
- Mudah terusik hati & cemburu
- Ambil berat tentang org lain
- Suka kegiatan luar
- Org yg adil
- Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
- Mudah patah semangat

NOVEMBER

- Banyak idea dalam perkara
- Sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
- Berfikiran kehadapan
- Berfikiran unik dan bijak
- Penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa
- Pemikiran yg tajam
- Daya firasat yg sgt halus dan tinggi
- Bagus utk jadi doktor
- Cermat dan teliti
- Personality dinamik
- Sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
- Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
- Berani, pemurah, setia dan byk kesabaran
- Terlalu degil dan keras hati
- Apabila hendak diusahakan sehingga berjaya
- Tak suka marah kecuali digugat
- Mudah ambil berat terhadap orang lain
- Pandai muhasabah diri
- Cara berfikir lain dari org lain
- Otak yg sangat tajam
- Pandai mendorong diri sendiri
- Tidak hargai pujian
- Kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
- Badan yg tough
- Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
- Romantik
- Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
- Suka duduk dirumah
- Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
- Amanah, jujur setia dan pandai berahsia
- Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
- Bercita-cita tinggi
- Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

- Sangat setia dan pemurah
- Bersifat patriotik
- Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
- Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
- Bercita-cita tinggi
- Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
- Seronok didampingi
- Suka bercampur dgn org
- Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
- Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
- Tidak pandai berpura-pura
- Cepat marah
- Perangai yg berubah-ubah
- Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
- Benci pada kongkongan
- Suka berlawak
- Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Rahsia melalui cara berjalan.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , — uglygurl @ 11:39 pm

JIKA BERJALAN DARI BELAKANG KELIHATAN SEPERTI TIDAK MEMIJAK TANAH

Golongan wanita yang jalannya berginjat, kononnya adalah adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

JIKA BERJALAN SERING MENOLEH KE KANAN DAN KIRI

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

JIKA BERJALAN SUKA MENUNDUK

Wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

JIKA BERJALAN MENATAP LURUS KE DEPAN

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

JIKA BERJALAN BADAN BERGERAK KE KANAN DAN KIRI

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia anggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

JIKA BERJALAN BADAN TAMPAK TEGAK

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

JIKA BERJALAN SEPERTI ZIRAFAH

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Rahsia cinta di sebalik cara makan.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , — uglygurl @ 11:37 pm

MAKAN DENGAN TENANG

Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih ‘minat’ dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya!

ASYIK BELEK MAKANAN

Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan.Tetapi usah gusar kerana itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

SERIUS KETIKA MAKAN

Gaya makannya tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi ‘wujud’ di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu.

MAKAN SAMBIL BORAK

Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. ‘Angin satu badanlah pulak!

MAKAN SAMBIL KERAP TENGOK JAM

Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak ‘dikejar’. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti ‘on time’ dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

MAKAN SAMBIL MERUNGUT

Ada saja yang tak kena dengan makanan yang dijamahnya. Ini melambangkan yang dia jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

Teka-teki yang patut diberi penampar.

Filed under: Just For Fun — Tags: , , — uglygurl @ 11:26 pm

1) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

2) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar? Answer: Kuih salah bikin.

3) Binatang ape power Karate?
Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

4) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

5) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

6) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Answer: Pembohong…

7) Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?
Answer: Usus

8 ) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

9) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

10) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan ‘buaya’

11) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: – Sekretari baik………………’Selamat pagi tuan’
- Sekretari kurang baik…….’Dah pagi ni tuan’

12) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang…hehe

13) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

14) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

15) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…

16) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa …gile ape…

17) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah..hahahaha

Tanda-tanda peminat fanatik Mawi.

Filed under: Just For Fun — Tags: , , — uglygurl @ 11:25 pm

1. Anda tetiba terbuka hati dan sanggup bertudung – kerana Mawi dan bukan kerana…

2. Anda boleh lupa kawan semata-mata kawan anda tidak meminati Mawi. Tidak bertegur itu perkara biasa.

3. Anda cepat terasa bila nama Mawi disebut.

4. Anda tiba-tiba berasa rugi tidak dilahirkan di Johor. Tapi ingat, jika ingin berkahwin di Johor kena lulus ujian darah iaitu HIV -ve.

5. Anda merasakan lagu Negaraku terlalu cepat temponya kerana khuatir Mawi tidak dapat mengikuti tempo sebenar lagu tersebut. Minta kerajaan ubah kembali tempo lagu Negaraku ke tempo lama.

6. Anda ke sanggup ke Indonesia untuk mencantikkan wajah menjadi seperti Nurdianah, tunang Mawi semata-mata dengan harapan Mawi akan mengahwini anda. (cucuk Botox lah)

7. Anda rasa hati anda diremuk-remuk apabila Mawi mengaku dia sudah mempunyai kekasih hati walaupun anda sudah bersuami dan beranak empat.

8. Anda sanggup menceroboh blog orang semata-mata ingin mempertahankan komen yang membacking Kudsia Kahar.

9. Anda cepat melenting walaupun komen anda di blog ini di jawab di blog orang lain.

10. Anda merasakan Pengetua M.Nasir sebagai evil kerana telah memberikan komen di Imbasan dan bertukar menjadi angel setelah menasihati dengan nada yang lemah lembut.

11. Anda bersetuju dengan Cikgu Adnan kerana beliau telah membacking Mawi walaupun sebelum ini beliau mengutuk MawiFC.

12. Suami anda semakin mengurangkan aktiviti spanya kerana anda kini sudah pandai mengurut.

13. Anda tetap berkeras mengatakan yang World adalah dicipta oleh Mawi dan bukannya Encik Aman. Siapa Encik Aman tu? Mawi tetap world.

14. Jika dahulu anda adalah orang yang sanggup mengeluarkan belanja untuk membelikan sarung tangan untuk Mawi, kini hanya tinggal kenangan kerana anda gembira melihat Mawi bersentuhan tanpa segan-silu.

15. Anda cepat merasa phobia sekiranya pengkritik memberikan komen negatif kepada Mawi kerana Mawi seorang yang syumul.

16. Anda melakukan sujud syukur kerana masalah CD jump tidak berlaku kepada Mawi. Jika tidak, entah apalah yang akan terjadi.

17. Anda puji Kudia kerana memuji Mawi dan mengeji Kudsia kerana memberikan komen negatif terhadap Mawi.

18. Sanggup mendengar Klasik FM semata-mata anda bencikan Kudsia Kahar dan ERA.

19. Anda merasakan yang botak itu handsome. Pili bomba di tepi jalan pun silap-silap anda sangkakan Mawi.

20. Anda rasa anda ada kelebihan untuk tackle Mawi semata-mata anda seorang tukang urut, setakat pakai tudung tu apa la sangat. Dah ramai sangat!

21. Anda merasakan mana-mana menteri yang berambut palsu sebagai tidak cool. Botak pun handsome juga !

22. Selama ini anda merupakan pengutuk majalah Mangga Nombor Satu, tetapi membelinya kerana ada poster Mawi bersama model iklan Sunsilk.

23. Baru kini anda berani mengaku anda adalah anak peneroka Felda.

24. Curi-curi melihat muqaddam adik untuk memastikan ejaan AFUNDI MAWI dalam jawi betul ejaannya.

25. Anda sudah tidak peduli berapa pelajar yang akan masuk final, ada AFMASUK ke AFSINGKIR ke, sebab anda sudah yakin siapa yang akan menang AF3.

26. Anda tidak kenal pelajar-pelajar yang lain, kerana bagi anda AF3 hanya ada Mawi dan Felix. Itu pun kerana Mawi dan Felix sentiasa berkepit.

27. Anda mula menggunakan celak mata Mekah semata-mata dapat berfantasi menjadi Nor el Ain.

28. Peluang bergambar di papan tanda Felda Taib Andak, riaknya mengalahkan dapat bergambar dengan Perdana Menteri.

29. Anda mempercayai bulat-bulat yang gimmick atau kejutan yang telah dilakukan pada konsert yang ke Tiga (Ke Empat?) di mana pembaca berita ASTRO telah melaporkan yang jualan tudung makin mendadak sejurus selepas kenyataan Mawi yang sukakan perempuan yang bertudung.

30. Anda tidak hirau jika pelajar-pelajar AF lain dimarahi ketua pelajar, atau jika pelajar-pelajar AF luka berdarah merembes-rembes sekalipun, tetapi jika Mawi terluka paper cut akibat salah cukur pagi itu, hati anda sudah berdebar-debar. (“OK ke dia nanti? Boleh ke dia nyanyi nanti?”).

31. Jika Mawi mendapat lagu Inggeris, pengetua dikatakan tidak adil kerana member Mawi lagu-lagu yang susah, tetapi jika pelajar-pelajar AF lain yang diberi lagu Inggeris, anda mengatakan ini bagus kerana menjana versatiliti seseorang pelajar.

32. Hati anda berdebar-debar dan anda mengingatkan peminat-peminat Mawi yang lain untuk tidak bising kerana takut Mawi akan menerima “aura” nervous anda (dan kemudiannya akan membuatnya lari tempo/melodi etc)

33. Anda amat gembira apabila Reza dikeluarkan dari AF – dan lebih gembira lagi apabila Reza telah melantik Mawi sebagai Ketua Pelajar.

34. Jika pelajar-pelajar AF tidak dengar kata Mawi, anda rasakan yang pelajar-pelajar itu “kurang hajar” dan tidak menghormati Mawi sebagai Ketua Pelajar. Isu ini tidak pernah ditimbulkan semasa Reza menjadik Ketua Pelajar dahulu.

35. Tiba-tiba anda rasa anda hendak balik beraya di rumah Mak Ngah anda yang bermastautin di Johor Bahru – walaupun anda tidak berjumpa dengannya sejak
1989.

36. Dahulu anda amat membenci budak-budak skinhead dan menganggap mereka sekelompok kaki lepak tepi jalan dan mat-mat ganja. Sekarang, anda senyum ke setiap skinhead yang sedang melepak di tepi jalan.

37. Anda tiba-tiba rasa terpanggil untuk belajar bahasa Arab dan Tajwid supaya anda dapat mengaji dengan lagu dan grammar yang betul.

38. Anda yang dahulunya hanya mengagungkan martial arts luar negara seperti karate-do, tae-kwon-do, jujitsu, thai kickboxing dan gusti, sekarang menggangap yang silat pukul pelaga adalah senaman mempertahankan diri yang terbestest in the world!

39. Dahulu anda mencemuh DJ-DJ di pasaraya kerana anda merasakan mereka “poyo” dan “yo-yo-oh” aje, tetapi sekarang anda senyum dan berasa begitu respek kepada mereka.

40. Anda rasa jelik dan menyampah kepada Marsha kerana anda rasa Marsha “choba” menggoda Mawi dengan sengaja mengenakan tudung di depan Mawi pada Diari AF hari itu. Sebelum, anda tidak rasa Marsha begitu – malah, anda mengganggap yang Marsha itu manis dan cute sungguh.

41. Sebelum ini anda begitu kritikal terhadap pelajar-pelajar AF semasa konsert. Begitu besar salahnya jika pelajar-pelajar itu lupa lirik dan salah masuk lagu APATAH lagi jika pelajar-pelajar itu lupa melodi dan menanyi lagu Inggeris dengan begitu hampehnya (remember Atie’s “Sap de Bears for Laaast”?). Sekarang, anda defend Mawi beriya-iya “OK apa dia nanyi”.

42. Anda rasa Mawi sudah bagi 200% hanya kerana Mawi (i) tidak lupa lirik
(2) tidak salah masuk lagu dan dengan itu, dia tidak sepatutnya dia dimarahi oleh para juri dan tenaga pelajar.

43. Dahulu anda sangat membenci Sharifah Aini kerana telah menulis surat yang kejam terhadap penyanyi kesayangan anda Siti Nurhaliza (walaupun mahkamah belum lagi menjatuhkan kesalahan itu kepada Sharifah Aini), tetapi tiba-tiba anda merasakan yang Sharifah Aini ni OK apabila anda teringat yang dia pernah mendendangkan lagu Nour-El-Ain.

44. Anda rasa anda tidak perlu menjelaskan alasan mengapa anda rasa Mawi itu World dan mengapa anda sangat suka kepadanya. Pada anda, hanya cukup jika anda kata yang Mawi itu Magik!

45. Anda rasa anda bukan peminat fanatik Mawi tetapi cepat melenting jika anda dituduh sedemikian.

46. Anda rasa anak anda anak derhaka dan lupa daratan kerana tidak menyokong Mawi walaupun dia dilahirkan di Johor seperti Mawi (mak aku lah tu).

47. Anda rasa anak anda derhaka apabila anak anda tidak mahu menolong anda mengAFUNDI Mawi (kerana anda sendiri tidak tahu menggunakan telefon bimbit untuk SMS).

48. Anda rasa Linda Jasmine itu getek apabila dia memegang Mawi di dalam kelas tarian (Diari AF minggu ke 2).

49. Anda sentap dan amaroh apabila membaca entry blog ini dan berjanji untuk tidak berkawan dengan penulis-penulis entry blog ini. Mwahahahahha.

50. Semuanya kerana Mawi. Apa yang anda buat semuanya kerana Mawi.

51. Anda sanggup mencari 50 alasan “tanda anda adalah peminat fanatik mawi” dan menempeknya di blog anda.

52. Anda membayangkan alangkah comey nyer sifu M Nasir kalau kepala dia turut botak macam Mawi, malahan cikgu adnan pun anda masukkan dalam imaginasi anda itu.

52. Anda tak kisah pun nak download ke handphone segala-gala tentang Mawi, ringtone, wallpaper, clip, apatah lagi afundi. Tetapi nak sms Bersamamu TV3 tu rasa cam mahal je.

53. Demi mempertahankan Mawi setiap komen anda akan didahului dulu dgn kutukan utk pelajar lain utk cover apa2 kelemahan Mawi.

54. Turut membayangkan alangkah comey nyer abg asrul klu dia ada simpan sideburn mcm mawi dan juga janggut sejemput macam Mawi.

55. Sanggup beli album Jamal Abdillah ‘Aku Penghibur’ sebab memuatkan lagu Gadis Melayu. Nak bandingkan dengan Mawi nyanyi. Sebelum ni tak penah beli album Jamal pon walaupun ada lagu Azura.

56. Gara-gara terlalu minat kat Mawi, sanggup panggil Marsha bermacam nama tak elok utk menyakitkan hati peminat no.1 Marsha (eh, yeke no.1?)kat konsert dan anda kini dilabel sbg the ‘notorious Makcik Terlampau’ dlm blog2 AF.

57. Sanggup beli mp3 player utk dengar lagu mawi bila2 masa dan dimana2 walaupun tengah sengkek waktu tu.

58. Kalau anda jumpa penulis2 “tanda2 anda fanatik MAWI’ ni, anda rasa nak telan diaorang hidup2….ataupun buat masak asam pedas ataupun nak blender daging2 diaorang buat meatball.

59. Anda peminat mawi, kalau hari2 dok refresh kat blog sm semata2 nak baca diari extended dari setankuning.

60. Sanggup suruh suami dan semua anak lelaki anda botak cam Mawi.

61 : SM, it’s enuff, K! Seems like you hate ‘this creature’ named Mawi. I just could find the significance of the items that you’ve listed. What’s the correlation bet those and liking Mawi. Too bad. All this while I respect your blog. But now, it seems to me that you are trying to inject people’s minds with your virus. What is it actually? Be fair. I love others too. Jangan risau ! Kalau komen pengkritik tetap tidak dapat mengubah pendirian pengundi, apatah lagi komen dari blogger marhaen sepertiku ini.

62. Tetiba tak reti sebut perkataan tsunami lalu menjadi tsumawi.

63. Sanggup membeli semua majalah hiburan asalkan ada yg menulis tentang Mawi, sedangkan selama ini anda tidak berminat untuk membeli majalah hiburan (membazir katanya).

64. Sanggup memenatkan jari anda untuk menulis 50 sebab ” Anda adalah fanatik Mawi”

65. Anda sanggup masukkan ASTRO di rumah (walaupun selama ini hidup bahagia tanpa astro) semata-mata nak tengok Mawi menyanyi.

66. Dulu anda benci gila babas kat lagu intifada sbb masa anugerah era, feratik era joget lagu tu sambil cucuk2 langit… tapi skarang anda rasa lagu tu cool jek

67. tahun ni nak ambil kelas tarian gelek nour el ain kat dancing class cikgu LJ sbb nak gelek2 utk mawi

68. tetiba rasa bangga jadi gadis melayu walaupun anda sedar hidung tak mancung macam nour el ain atau pipi tak gebu macam maria

69. semua lagu yg anda nyanyi anda dengungkan mcm masa mawi nyanyi lagu kekasih awal dan akhir…

70. sanggup pdg 2 3 kali mamat yang lalu sebelah anda sebab idung dia mcm mawi(dari tepila) .

71. nak beli Myvi cakap kat amoi kereta nak beli Mawi.

72. Ban blog SM sbb ada article yg sebenarnya cuma menjatuhkan maruah mawi.. dan bukannya fanatik mawi dan tujuan sebenar article ini hanya lah sebagai membantu seorg kawan yg sakit hati bila kudsia di keji oleh fanatik mawi
(Kredit :nak jugak komen).

73. Anak anda menukar nama kucingnya menjadi mawi (ini jadi betul-betul kat aku).

74. Anda sanggup perabis duit untuk pasang Astro di rumah bapak anda di kg, kerana anda kena balik kg hujung minggu ni sebab ada kenduri.

75. Bila masuk blog klubbkids RADIO BLOG nak dengar Kefli nyanyi ‘ “Berhenti Mengharap” atau nyanyian students yang lain tapi tertekan “Beautiful Mariaaaaaa”.

76. Bila baca kisah mawi & family tak pernah layan AF (sebab tak de astro), sanggup nak masukkan astro kat umah mawi so that parents dia dapat tengok muka anak dia hari2….

77. Sanggup cari merata jeket yang mawi pakai masa awal2 kemasukan dalam AF. Kalau boleh nak beli jeket yang mawi bagi pada M Nasir tu walau berapa harga sekalipun.

78. 2 min skali refresh blog SM pasal nak tgk kot2 ade comment baru pasal MAWI .

79. Telampau teruja nak becerite pasal mawi … hatta dengan maksik cleaner pon boley layan gak

80. Mula menghayati lirik lagu nasyid utk menjadi orang yang berguna

81. Kanak-kanak dan remaja mula merasakan mengaji dan berzanji adalah perkara yang cool.

82. Gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya kerana Mawi telah buktikan pada anda.

83. Anda mula mendengar dan pratikan nasihat orang yang lebih arif sebagaimana Mawi dan Sifu.

84. Secara malu-malu membeli album nasyid kerana anda sebenarnya rock kapak.

85. Mulanya fenomena baru … “nasyid”kan lagu-lagu lama atau rock.

86. Sekejap cakap “Magic” lepas tu “World” lepas tu “Colourful” … tak sabar tunggu meeting tenaga pengajar utk dapat perkataan baru.

87. Bila Mawi berdiri aje .. yeeaaaaaahh … Bila Mawi bersuara aje … yeaaaahhhhhh !!! … Bila Mawi lupa lirik … alaaamaaakk … Bila Mawi lari tempo …. pulaaakkk dahhh … Bila Mawi habis menyanyi … yeaaaahhh

88. Menjerit bila Mawi menyanyi .. “Mawi !!! aku tak pandai urut tapi aku ada kerusi urut osim !!!”

89. Lega sebab Mawi tak perlu lagi menyanyi lagu English.

90. Takut bila % undian Mawi jatuh dibawah 23 %

91. Pelik kenapa Mawi dan Felix perlu surat wasiat !!!

92. Marah pada Astro sebab tak beri lagu Jawa kat Mawi.

93. Anda fanatik mawi, & sanggup tempah tiket kapal terbang dan pulak tu..flight byk transit byk tempat pon tak kesah..asal dpt tengok mawi dekat2..

94. Sanggup belajar cara nak pakai ken pelikat walaupun sebelum nih tak suka pakai..

95. Berebut2 penyapu dengan adik-beradik, housemate, suami,isteri, anak2, emak,bapak,atuk & nenek atau sesiapa yang tinggal serumah kerana ingin mmebersihkan lantai sesudah makan setelah menghumban vaccum clenaer dalam setor.

96. Last year buat tanda2 anda fanatik AF semua orang happy, tahun nih buat tanda2 fanatik mawi, ada yang tak suka.

97. Anda sanggup berkelahi dengan adik-beradik anda atau dengan bofriend anda atau dengan kawan-kawan anda yang mengharapkan agar Mawi diberikan lagu yang susah-susah dan sangat mencabar seperti lagu-lagu Hip Hop atau lagu-lagu Rap. Anda yang mahu melihat versatiliti Mawi tetap dengan keputusan anda supaay Mawi diberi lagu-lagu yang lebih selamat pada setiap minggu.

98. Anda pura-pura senyum tak terasa membaca artikel ini padahal dalam hati menyumpah-nyumpah.

99. Anda menangis lepas baca artikel ni kerana terasaaaaaaaaa!!!

Salahkah Aku ??

Filed under: Just For Fun — Tags: , — uglygurl @ 11:23 pm

Semasa aku kecik-kecik dulu, semua jiran-jiran aku kenal dah tahu ngan sikap ayahku yang tegas. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan
menjeling garang jika aku buat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, kalau ke kedai, kalau aku ambik gula-gula/cekelat,dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula. Kalau pegi rumah saudara mara aku, bila aku pegang je alat mainan atau ape je kat umah tu, tanpa melihat ke arah ayah, aku pasti yang ayah sedang menjeling ke arah aku. So, aku letakkan balik.

Suatu hari, aku ikut ayah ke surau untuk semayang maghrib secara berjemaah. Aku pun tidak berapa pasti keadaan sebenar ketika itu, tetapi beginilah kisahnya.

Semasa sedang rukuk, aku ternampak kain pelikat tok imam tersepit dicelahpunggungnya. Aku yang ‘konon’ ingin membantunya, mendapat idea untuk menarik kain yang tersepit itu. Terbayang rasa bangga bila aku rasa tentu nanti ayah akan memuji bila ayahku turut menjadi saksi terhadap perbuatan baik ku ini. Tentu buat pertama kalinya ayah berasa bangga dengan aku. Jadi, lepas aku tarik je kain yg tersepit kat buntut imam tu, terus tengok ke arak muka ayah ku.

Tetapi, sangkaan ku ternyata meleset. Walaupun ayahku  sedang bersolat tapi dia tetap menjeling dengan ekor matanya kat aku. Aku  pun faham maksud nya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu
jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang dengan muka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah . Malam tu,berbirat punggung aku dirotannya.

Ntah lah, tertanya-tanya jugak aku didalam hati, salahkah aku tolong pak imam tu dengan hati yang ikhlas ? Salah ke aku ni…………

Older Posts »

Blog at WordPress.com.