Uglygurl’s Weblog

August 13, 2008

Rahsia mengenal diri melalui wajah.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , — uglygurl @ 7:08 pm

DAHI

Dahi yang berkerut-kerut secara tegak di antara mata – Kerut tersebut menunjukkan bahawa anda mendorong diri kuat bekerja dan bertujuan kesempurnaan dalam semua hal.

Kerut tunggal yang mendatar di antara mata anda – Kerut mendatar tersebut menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Anda mesti dapat tahu cara untuk meringankan beban anda.

Dahi Jendol (CT Nurhaliza) – Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu ,mereka juga pandai bergaul dan menempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini, mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebab itulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit – Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan.  Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan.

Dahi lebar – Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan.

Dahi bersegi – Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’ – Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia!

Dahi dengan juntaian anak rambut – Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

TELINGA

Telinga jabing – Telinga tersebut menunjukkan bahawa akal anda tidak biasa. Anda pandai tapi anda juga seorang yang keras hati.

Telinga runcing – Menunjukkan bahawa anda tidak berapa baik hati. Anda cerdik dan kreatif.

CUPING TELINGA

Kerut tegak di cuping telinga – Berjaga-jaga dengan masalah jantung, anda perlu menjaga diri dengan lebih baik.

Cuping telinga bersambung dengan rusuk kepala – Anda suka mengarah dan memberi perintah. Orang lain melihat anda seorang yang berfikiran dangkal.

BULU KENING

Bulu kening bertemu di tengah – Jangan ambil pusing hal-hal kecil. Akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih.

Bulu kening tidak teratur dan liar – Bulu kening tersebut menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.

MATA

Mata berdekatan satu sama lain – Anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik.

Mata berjauhan satu sama lain – Anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi.

Mata ke dalam – Anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an.

Mata anda tersembul – Anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain. Sifat anda baik, rela, tabah, menyenangkan dan mengiikut kata. Tapi tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Mata cengkung – Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup – Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Mata selalu berkedip – Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

Mata jarang berkedip – Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Saiz mata kecil – Peramah, banyak cakap, kurang  pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas.

Saiz mata sedang – Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan serta bertanggungjawab.

Saiz mata  lebar – Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia.

HIDUNG

Bentuk seperti bola kecil di hujung hidung – Anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan.

Di hujung hidung berbentuk seperti bawang – Anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.

Hidung agak besar – mencerminkan seseorang itu cepat tersinggung, nafsunya besar dan agak pemalas.

Hidung agak besar dan bulat – mencerminkan dia seseorang yang  bergaya dan tidak suka dianggap remeh.

Hidung agak besar bagian bawah – mencerminkan seseorang itu tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang, selalu berfikir yang baik2 sahaja.

Hidung agak besar tapi mancung – mencerminkan dia seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.

Hidung agak besar tapi penyek – mencerminkan dia seseorang yang tidak punya inisiatif.

Hidung agak kecil – mencerminkan dia seorang yang cerdas namun hidupnya selalu menderita.

Hidung agak sederhana – mencerminkan dia seseorang yang berhati tulus dan  suka menolong.

Hidung agak mancung agak runcing – mencerminkan dia seorang yang sportif dan begitu pandai berbicara.

Hidung dengan lubang hidung agak lebar – mencerminkan dia seorang  yang suka menginginkan milik orang lain.

Hidung dengan lubang hidung agak kecil – mencerminkan dia seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap dan mudah tergoda.

MULUT

Sudut mulut melengkung ke atas walaupun tidak tersenyum – Bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri.

Mulut melengkung ke bawah secara semulajadi – Anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda akan rasa kurang kecewa dalam sesuatu hal kerana anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an.

DAGU

Dagu runcing – Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh.

Dagu lemah – Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.

GIGI

Ada ruangan di antara gigi depan – Anda berani dan sanggup menanggung risiko. Tetapi anda selalu mengubah fikiran.

Anda mempunyai dua gigi depan yang besar – Menggambarkan anda degil, tidak sabar dan perlu selalu diyakinkan.

Jarang dan kecil – Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Selain itu, dia juga sukar mengalah!

Bersaiz sederhana dan rata – Teratur sekali dipandang.. Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak
kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain.

Besar dan jarang – Bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Selain itu, kamu juga seorang yang keras kepala. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan
sikap manja yang dibuat buat tu.

Jongang dan kecil. – Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding.

Jongang dan besar -  Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun – Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

Seolah masuk ke dalam – Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak
pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun – Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

Rahsia melalui tulisan.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , — uglygurl @ 7:07 pm

PERUBAHAN TULISAN

Tulisan tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi – Menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Dia juga merupakan seorang yang tetap pendirian dan tegas.

Tulisannya sering berubah-ubah sejak dari dulu lagi – Bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dia jugaebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

KECONDONGAN TULISAN

Tegak – Bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan – Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan.

Condong ke kiri – Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya.

SAIZ TULISAN

Besar – Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil – Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar – Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil – Membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya.

BENTUK TULISAN

Lebar – Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus – Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat – Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat – Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung – Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai – Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

JARAK TULISAN

Tulisan jauh – Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat – Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

RUANGAN DI TEPI KERTAS

Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :

Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya – Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil – Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya.

Ruang muka surat kanan kecil – Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat – Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

Rahsia melalui tarikh lahir.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , , — uglygurl @ 7:06 pm

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. KETULENAN

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
- Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. PENDAMAI

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
- Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. CERIA

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. KONSERVATIF

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. PERINTIS

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. ROMANTIK

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. INTELEKTUAL

- Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. PENYELESAIAN

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. PELAKON

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan.
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

August 12, 2008

Rahsia melalui haribulan dilahirkan.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , , — uglygurl @ 11:47 pm

Contoh: Kamu dilahirkan pada 24 haribulan. Tengok no. 24

1. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam  soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang  terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang  dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu  sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

3. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani  kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.

4. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut  perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu  sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri  kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh  memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati.Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7. Kamu seorang yang ‘happy go lucky’ dan gemar berseronok. Namun sikap  kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan  kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8. Kamu seorang yang romantis. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata.

9. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. Dalam  soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang ’setaraf’ juga.

10. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan  keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam  keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan  buah hati terasa diri terpinggir!

11. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga  bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini  terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?

12. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan  komitmen, selamanya kamu akan setia.  Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!

13. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan. Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14. Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab  itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa.  Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu.

15. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu  ini yang suka membuat tindakan ‘last minutes’.

16. Kamu ini seorang yang moody rupanya. Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikat penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu  perasaan sebenar kamu.

18. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi  soal perasaan dan cinta.  Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan  termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.

20. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!

21. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain ‘ambil mudah’ terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa’ selamat’ bila berada di  sampingnya.

23. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi  kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping  teman-teman dan si dia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat  menggongkong si dia.

25. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan  yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum  sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?

26. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius  dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan  keseronokan saja!

27. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun  kekasih kamu sendiri.

28. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu  meminggirkan si dia tanpa disedari.

29. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

30. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan  si dia kerana kamu sukar untuk beralah.

31. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai  apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia.

Rahsia melalui bulan kelahiran.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , , — uglygurl @ 11:45 pm

BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH

JANUARI

- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
- Suka mendidik dan dididik
- Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
- Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
- Suka smart, kemas dan teratur
- Bersifat sensitif , berfikiran mendalam
- Pandai mengambil hati org lain
- Pendiam kecuali telah dirangsang
- Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
- Mudah mendisiplinkan diri sendiri
- Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
- Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
- Cukup sayang pd kanak-kanak
- Suka duduk rumah
- Setia pada segala-galanya
- Perlu belajar kemahiran sosial
- Cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI

- Berfikiran abstrak
- Sukakan benda yang reality dan abstrak
- Inteligent, bijak dan genius
- Berpesonality yg mudah berubah
- Mudah menawan org lain
- Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
- Jujur dan setia pd segalanya
- Keras hati untuk mencapai matlamat
- Tidak suka dikongkong
- Mudah memberontak apabila dikongkong
- Suka kegiatan yg lasak
- Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
- Mudah mempamirkan marahnya
- Tidak suka benda yg remeh-temeh
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- Sangat berani dan suka memberontak
- Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
- Pemerhatian yg tajam
- Suka hiburan dan sukan
- Suka benda yg bersifat seni
- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
- Berkecenderungan pd benda yg tahyul
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- Belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

- Berpesonaliti yg menarik dan menawan
- Mudah didampingi
- Sgt pemalu dan pemendam rasa
- Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
- Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
- Suka pada kedamaian
- Sgt peka kepada orang lain
- Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
- Tidak cepat marah dan sangat amanah
- Tahu balas budi dan tahu kenang budi
- Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
- Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
- Suka berangan-angan
- Suka melancong
- Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
- Kelam kabut dalam memilih pasangan
- Suka dgn hiasan rumahtangga
- Punya bakat seni dalam bidang muzik
- kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
- jgn terlalu moody

APRIL

- Sgt aktif dan dinamik
- Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
- Sgt menarik dan pandai manjakan diri
- Punya daya mental yg sangat kuat
- Suka diberi perhatian
- Sgt diplomatik (pandai memujuk ) berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
- Sgt berani dan tiada perasaan takut
- Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
- Emosi cepat terusik
- Try control the emotion
- Kecenderungan bersifat dendam
- Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
- Kuat daya ingatan
- Gerak hati yg sangat kuat
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
- Berpenyakit disekitar kepala dan dada
- Sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI

- Kekerasan hati & degil
- Kuat semangat & bermotivasi tinggi
- Pemikiran yg tajam
- Mudah marah apabila tidak dikawal
- Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
- Perasaan yg amat mendalam
- Cantik dr segi mental & fizikal
- Tidak perlu dimotivasikan
- Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
- Mudah dipujuk
- Bersikap sistematik (otak kiri)
- Suka berangan
- Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
- Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
- Daya khayalan yg tinggi
- Permikiran yg tajam
- Pandai berdebat
- Fizikal yg baik
- Kelemahan sistem pernafasan
- Suka sastera, seni & muzik serta melancong
- Tidak berapa suka duduk dirumah
- Tidak boleh duduk diam
- Tidak punya ramai anak
- Rajin dan bersemangat tinggi
- Agak boros

JUN

- Berfikiran jauh & berwawasan
- Mudah ditawan krn sikap baik
- Berperangai yg lemah lembut
- Mudah berubah sikap,perangai
- Idea yg terlalu banyak dikepala
- Bersikap sensitif
- Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
- Sukar melakukan sesuatu dgn segera
- Bersikap suka menangguh-nangguh
- Bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
- Cepat marah & cepat sejuk
- Suka bercakap & berdebat
- Suka buat lawak & bergurau
- Otaknya cerdas berangan-angan
- Mudah berkawan & pandai berkawan
- Org yg sangat tertib
- Pandai mempamerkan sikap
- Mudah kecil hati
- Mudah kena selsema
- Suka berkemas
- Cepat rasa bosan
- Sikap terlalu memilih & cerewet
- Kurang mempamerkan perasaan
- Lambat nak sembuh apabila terluka hati
- Suka kepada barang yang berjenama
- Mudah menjadi eksekutif
- Kedegilan yg tidak terkawal
- Sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI

- Sangat seronok didamping
- Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
- Agak pendiam kecuali diransang
- Ada harga dan maruah diri
- Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
- Mudah dipujuk dan bercakap lurus
- Sangat menjaga hati orang lain
- Sangat peramah
- Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
- Berjiwa sentimental
- Jarang berdendam
- Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
- Tidak suka benda remeh-temeh
- Membimbing cara fizikal dan mental
- Sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
- Layanan yg serupa dgn semua orang
- Tinggi daya simpati
- Pemerhatian yg tajam
- Suka menilai org lain dgn pemerhatian
- Mudah dan rajin belajar
- Suka muhasabah diri
- Suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
- Suka mendiamkan diri
- Suka duduk dirumah
- Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
- Tak agresif kecuali terpaksa
- Lemah dari segi kesihatan perut
- Mudah gemuk jika tak kawal diet
- Minta disayangi
- Mudah terluka hati dan lambat pulih
- Terlalu mengambil berat
- Rajin dalam membuat kerja

OGOS

- Suka berlawak
- Mudah tertawan kepadanya
- Sopan santun dan caring terhadap org lain
- Berani dan tidak tahu takut
- Orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
- Pandai pujuk org lain
- Terlalu pemurah & bersikap ego
- Nilai harga diri yg sangat tinggi
- Dahagakan pujian
- Semangat juang yg luar biasa
- Cepat marah & mudah mengamuk
- Mudah marah apabila cakapnya dilawan
- Sangat cemburu
- Daya pemerhatian yg tajam & teliti
- Cepat berfikir
- Fikiran yg berdikari
- Suka memimpin & dipimpin
- Sifat suka berangan
- Berbakat dlm seni lukis, hiburan & silat
- Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
- Cepat apabila ditimpa penyakit
- Belajar utk relax
- Sikap kelam kabut
- Romantik, pengasih, penyayang
- Suka mencari kawan

SEPTEMBER

- Sangat bersopan santun & bertolak ansur
- Sangat cermat, teliti & teratur
- Suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
- Pendiam tapi pandai bercakap
- Sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
- Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
- Kerja yg dilakukan sangat sempurna
- Sangat sensitif yg tidak diketahui
- Org yg banyak berfikir
- Daya pentaakulan yg baik
- Otak bijak & mudah belajar
- Suka mencari maklumat
- Kawal diri dari terlalu mengkritik
- Pandai mendorong diri sendiri
- Mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
- Suka sukan, hiburan & melancong
- Kurang menunjukan perasaannya
- Terluka hatinya sangat lama disimpan
- Terlalu memilih pasangan
- Sukakan benda yg luas
- Bersistematik

OKTOBER

- Suka sembang
- Suka org yg sayang padanya
- Suka ambil jln tengah
- Sangat menawan & sopan santun
- Kecantikan luar & dalam
- Tidak pandai berbohong & berpura-pura
- Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
- Sentiasa berkawan
- Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
- Cepat marah
- Macam pentingkan diri sendiri
- Tidak menolong org kecuali diminta
- Suka melihat dari perspektifnya sendiri
- Tidak suka terima pandangan org lain
- Emosi yg mudah terusik
- Suka berangan & pandai bercakap
- Emosi yg kelam kabut
- Daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
- Suka melancong, bidang sastera & seni
- Pengasih, penyayang & lemah lembut
- Romantik dlm percintaan
- Mudah terusik hati & cemburu
- Ambil berat tentang org lain
- Suka kegiatan luar
- Org yg adil
- Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
- Mudah patah semangat

NOVEMBER

- Banyak idea dalam perkara
- Sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
- Berfikiran kehadapan
- Berfikiran unik dan bijak
- Penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa
- Pemikiran yg tajam
- Daya firasat yg sgt halus dan tinggi
- Bagus utk jadi doktor
- Cermat dan teliti
- Personality dinamik
- Sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
- Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
- Berani, pemurah, setia dan byk kesabaran
- Terlalu degil dan keras hati
- Apabila hendak diusahakan sehingga berjaya
- Tak suka marah kecuali digugat
- Mudah ambil berat terhadap orang lain
- Pandai muhasabah diri
- Cara berfikir lain dari org lain
- Otak yg sangat tajam
- Pandai mendorong diri sendiri
- Tidak hargai pujian
- Kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
- Badan yg tough
- Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
- Romantik
- Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
- Suka duduk dirumah
- Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
- Amanah, jujur setia dan pandai berahsia
- Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
- Bercita-cita tinggi
- Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

- Sangat setia dan pemurah
- Bersifat patriotik
- Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
- Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
- Bercita-cita tinggi
- Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
- Seronok didampingi
- Suka bercampur dgn org
- Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
- Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
- Tidak pandai berpura-pura
- Cepat marah
- Perangai yg berubah-ubah
- Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
- Benci pada kongkongan
- Suka berlawak
- Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Rahsia melalui cara berjalan.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , — uglygurl @ 11:39 pm

JIKA BERJALAN DARI BELAKANG KELIHATAN SEPERTI TIDAK MEMIJAK TANAH

Golongan wanita yang jalannya berginjat, kononnya adalah adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

JIKA BERJALAN SERING MENOLEH KE KANAN DAN KIRI

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

JIKA BERJALAN SUKA MENUNDUK

Wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

JIKA BERJALAN MENATAP LURUS KE DEPAN

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

JIKA BERJALAN BADAN BERGERAK KE KANAN DAN KIRI

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia anggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

JIKA BERJALAN BADAN TAMPAK TEGAK

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

JIKA BERJALAN SEPERTI ZIRAFAH

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Rahsia cinta di sebalik cara makan.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , — uglygurl @ 11:37 pm

MAKAN DENGAN TENANG

Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih ‘minat’ dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya!

ASYIK BELEK MAKANAN

Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan.Tetapi usah gusar kerana itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

SERIUS KETIKA MAKAN

Gaya makannya tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi ‘wujud’ di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu.

MAKAN SAMBIL BORAK

Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. ‘Angin satu badanlah pulak!

MAKAN SAMBIL KERAP TENGOK JAM

Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak ‘dikejar’. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti ‘on time’ dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

MAKAN SAMBIL MERUNGUT

Ada saja yang tak kena dengan makanan yang dijamahnya. Ini melambangkan yang dia jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

« Newer PostsOlder Posts »

Blog at WordPress.com.