Salahkah Aku ??

Standard

Semasa aku kecik-kecik dulu, semua jiran-jiran aku kenal dah tahu ngan sikap ayahku yang tegas. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan
menjeling garang jika aku buat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, kalau ke kedai, kalau aku ambik gula-gula/cekelat,dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula. Kalau pegi rumah saudara mara aku, bila aku pegang je alat mainan atau ape je kat umah tu, tanpa melihat ke arah ayah, aku pasti yang ayah sedang menjeling ke arah aku. So, aku letakkan balik.

Suatu hari, aku ikut ayah ke surau untuk semayang maghrib secara berjemaah. Aku pun tidak berapa pasti keadaan sebenar ketika itu, tetapi beginilah kisahnya.

Semasa sedang rukuk, aku ternampak kain pelikat tok imam tersepit dicelahpunggungnya. Aku yang ‘konon’ ingin membantunya, mendapat idea untuk menarik kain yang tersepit itu. Terbayang rasa bangga bila aku rasa tentu nanti ayah akan memuji bila ayahku turut menjadi saksi terhadap perbuatan baik ku ini. Tentu buat pertama kalinya ayah berasa bangga dengan aku. Jadi, lepas aku tarik je kain yg tersepit kat buntut imam tu, terus tengok ke arak muka ayah ku.

Tetapi, sangkaan ku ternyata meleset. Walaupun ayahku  sedang bersolat tapi dia tetap menjeling dengan ekor matanya kat aku. Aku  pun faham maksud nya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu
jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang dengan muka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah . Malam tu,berbirat punggung aku dirotannya.

Ntah lah, tertanya-tanya jugak aku didalam hati, salahkah aku tolong pak imam tu dengan hati yang ikhlas ? Salah ke aku ni…………

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s