Uglygurl’s Weblog

January 13, 2009

My Long Vacation !!

Filed under: Uncategorized — uglygurl @ 12:04 am

It’s been a while since my last update on this blog. I’m currently don’t know which celebrities should i put into this blog (there are thousand celebs out there)..All my older post were picture from my sister computer so if anybody have request picture of ur favourite celebrities, let me know..i’ll try upload for u guys..

August 15, 2008

Ditto

Filed under: Video — Tags: — uglygurl @ 12:19 am


one of my favorite mv. Give me comment if u feel the same with me!!

August 13, 2008

Rahsia wanita tanah, api, air dan angin.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , , , , , — uglygurl @ 7:13 pm

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
Air – kedua, keenam, kesepuluh
Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
Angin – keempat, kelapan, kedua-belas

WANITA BERUNSUR TANAH

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
- Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
- Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
- Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
- Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

WANITA BERUNSUR AIR

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
- Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
- Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
- Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

WANITA BERUNSUR API

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
- Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
- Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
- Penasihat yang baik kepada suami.
- Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
- Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

WANITA BERUNSUR ANGIN

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
- Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 Apr – 20 May), Virgo (24 Aug – 23 Sept) dan Capricon (22 Dec – 20 Jan)

Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac – 20 Apr), Leo (24 Jul – 23 Aug) dan Sagittarius (23 Nov – 21 Dec)

Dilahirkan sebagai pemimpin. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 May – 21 Jun), Libra (24 Sept – 23 Oct) dan Aquarius (21 Jan – 19 Feb)

Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR
Wanita air dilahirkan di bawah zodiak Cancer (22 Jun – 23 Jul), Scorpio (24 Oct – 22 Nov) dan Pisces (20 Feb – 20 Mac)

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati. Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah, berhati-hati, tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Rahsia sikap melalui perlakuan.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , , — uglygurl @ 7:12 pm

Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap – Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

Berpeluk tubuh ketika bercakap – Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari – Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

Mata dan dahi berkerut-kerut – Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

Mata berkelip lebih laju daripada biasa – Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap – Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

Memandang kita, tetapi tidak pada mata sewaktu kita bercakap – Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.

Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang – Dia bersikap negatif kapada kita. Dia kemungkinan berasa bosan, menyampah, ragu atau memandang rendah diri kita.

Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap – Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas – Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

Rahsia psikologi warna.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , — uglygurl @ 7:11 pm

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan terdapat empat warna utama iaitu merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia permotoran, pakaian, permainan dan sebagainya.

MERAH

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

Merah Terang – Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh ghairah, semangat, dominasi, kelakian.

Merah Jambu – Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.

BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.

Biru Tua – Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung, ramai kawan.

Biru Muda – Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, protektif, tidak berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras kepala, teguh, sering bangga diri, berpendirian tetap.

KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

Kuning Terang – Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, investigatif, menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, pemurah, tidak percaya.

HIIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.

KELABU

Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

HITAM

Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT

Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

UNGU

Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Rahsia perwatakan wanita melalui bantal.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , — uglygurl @ 7:10 pm

Tahukah anda watak wanita dapat dikenali melalui cara mereka  tidur menggunakan bantal ? Inilah cara para pengkaji menilai sifat wanita berdasarkan cara memanfaatkan bantal:

MEMELUK BANTAL

Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi. Mereka  juga sgt prihatin terhadap kesusilaan dan kesopanan hidup.Wanita kategori ini juga cenderung untuk memiliki badan yang kurus.

MENGGUNAKAN BANYAK BANTAL

Mereka biasanya kurang keyakinan diri. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping atau teman-teman yg dapat membantu mereka. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. Mereka sukar berdikari dan suka bergantung kepada orang lain.

TIDUR DENGAN SATU BANTAL

Mereka  bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

MELETAKKAN BANTAL DI BAWAH KAKI

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka  juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2. Mereka tidak suka berusaha.

TIDUR TANPA BANTAL

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. Terlalu over-confidence juga menyebabkan mereka selalu memandang rendah pada orang lain.

Rahsia perwatakan melalui kuku.

Filed under: Rahsia Diri — Tags: , — uglygurl @ 7:09 pm

Kuku yang baik, rapi dan indah – Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

Bentuk kuku pendek tetapi lebar – Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat – Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit – Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

Bentuk kuku bersegi tetapi rata – Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

Bentuk kuku langsing – Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning – Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar,pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun – Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal – Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

Bentuk kuku besar dan banyak garisan – Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) – Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati disebarang tempat.

Bentuk kuku seperti kikir – Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam – Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

Older Posts »

Blog at WordPress.com.